Takwin KRT bagi tahun 2013 bermula dengan menganjurkan majlis Sambutan Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Majlis diadakan di Surau Ass Siddiq KIPFAS pada 2 Febuari 2013. Acara telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Borhanuddin daripada SK Pengkalan Tentera, Kuantan. Beliau merupakan qari negeri Pahang.
Majlis ini mendapat sambutan yang hebat daripada ahli qaryah Taman Tas Jaya serta dianggap sangat berjaya walaupun majlis ini diadakan secara sederhana sahaja.
Menurut Pengerusi KRT Tas Jaya, En Dusti bin Yusoff, pihak AJK KRT Tas Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk dan ahli qaryah termasuk ajk kuarters guru dan ajk surau Ass Siddiq yang mana Kuarters Pendidikan Fakeh Abdul Samad juga merupakan sebahagian daripada ahli krt. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.